KELAS MAHIR MICROSOFT WORDS

Aktiviti terkini | 6 April 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kampung Felda Mengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Umumnya mengetahui bahawa setiap mesyuarat yang dihadiri, adalah menjadi suatu kewajipan kepada setiausaha untuk mencatat dan menghasilkan minit mesyuarat bagi membuktikan segala hasil-hasil perbincangan dalm mesyuarat tersebut.
• Oleh hal yang demikian, kelas kali ini telah membantu ahli NADI untuk mahir menghasilkan minit mesyuarat.

Tujuan :
• Meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Words
• Mengembangkan pengetahuan tentang butiran yang perlu dalam menyediakan minit mesyuarat
• Meningkatkan kemahiran menaip

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat ringkas tentang objektif kelas
• Pengenalan elemen-elemen yang perlu ada dalam minit mesyuarat seperti tarikh, masa, kehadiran, laporan lepas, hal hal lain dan lain-lain lagi
• Mengaplikasikan elemen-elemen yang dipelajari
• Mengadapatasikan segala elemen yang dipelajari kepada tugasan yang diberikan oleh staf iaitu menghasilkan sebuah minit mesyuarat
• Ahli menyelesaikan tugasan yang disampaikan
• Ahli menyimpan tugasan yang dihasilkan

Kelebihan Aktiviti :
• Ahli dapat mengenali butiran yang perlu dalam minit mesyuarat
• Ahli dapat meningkatkan kemahiran menghasilkan minit mesyuarat
• Ahli dapat mengasah bakat mereka dalam Kemahiran menaip

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :